Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) selaku Pengerusi Jawatankuasa Media dan Publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM 2025) bertanggungjawab menyelaras aktiviti promosi dan publisiti sempena Sambutan HKHM 2025 yang bertemakan 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni'.
Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan pautan lagu tema rasmi HKHM 2025 untuk disiarkan dalam program-program yang dianjurkan serta dimuat naik atau dikongsikan di semua platform.
Pautan lagu adalah seperti berikut: https://drive.google.com/drive/folders/10btUV7ucgsFuyyLoHAT_pqED6_iX10cE