Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Portal Rasmi)

Dasar Privasi

Dasar Privasi

splwpk-online-e-participation splwpk-procurement splwpk-publicising splwpk-electronic-archive splwpk-online-services Laporan Tahunan JMG 2023 (PDF)
W3C Accessibility
splwpk-sitemap
Multi-language support (BM/EN)
MyHRMIS Mobile splwpk-broadcast splwpk-about-us splwpk-news splwpk-faq splwpk-client-charter splwpk-contact-details
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Pengumuman Terkini

Gempa Bumi Lemah di Segamat, Johor (3 November 2025)

Gempa Bumi Lemah di Segamat, Johor (3 November 2025)
Satu kejadian gempa bumi lemah berskala 2.7 pada skala Richter telah direkodkan di Jementah, Segamat, Johor pada 3 November 2025, jam 7.55 malam. Menurut data daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian ini berpusat pada koordinat 2.5° Utara dan 102.8° Timur, kira-kira tiga kilometer di barat Segamat dengan kedalaman sekitar 10 kilometer.
 
Hasil semakan melalui Peta Geologi Malaysia (MyGEMS - JMG) menunjukkan kawasan kejadian terletak dalam unit Tertier (Tertiary Geological Lithostratigraphic Unit) yang terdiri daripada lava aliran (extrusive lavaflows) serta endapan cekungan benua berusia Tertier lewat yang mengandungi batu syal, batu pasir, konglomerat dan lapisan arang minor. Ciri-ciri geologi ini menunjukkan sejarah aktiviti gunung berapi purba di kawasan Segamat, khususnya di sekitar Jementah dan Batu Badak, yang kini dikenalpasti sebagai volkanik terubahsuai (altered volcanics).
 
Kejadian terbaru ini bukanlah yang pertama direkodkan di kawasan berkenaan. Berdasarkan rekod JMG dan MetMalaysia:
  • Gempa berskala 4.1 pernah dikesan berhampiran lokasi yang sama sebelum ini.
  • Kedua-dua kejadian ini berpusat di sekitar zon volkanik Tertier Segamat, yang memperlihatkan potensi pengaktifan semula tekanan tektonik setempat pada batuan dasar lama akibat penyesuaian semula tekanan kerak bumi.
Kedudukan pusat gempa terkini ini adalah hampir bertepatan dengan kejadian gempa berskala 4.1 yang pernah direkodkan sebelum ini, menandakan kemungkinan aktiviti seismik mikro berulang di sepanjang jalur sesar yang sama.
 
Gempa bumi lemah ini diklasifikasikan sebagai gempa cetek setempat (local shallow earthquake) dan tidak menimbulkan ancaman besar kepada keselamatan awam atau struktur. Walau bagaimanapun, gegaran dapat dirasai di sekitar Segamat dan kawasan berhampiran.
 
JMG akan terus bekerjasama dengan MetMalaysia bagi pemantauan lanjut aktiviti seismik dan geologi tempatan, termasuk penilaian terhadap struktur bawah permukaan, taburan rekahan batuan, dan kesan terhadap kestabilan cerun atau tapak bina.
 
Orang ramai dinasihatkan tidak panik dan boleh melaporkan sebarang kesan gegaran melalui MetMalaysia.
Orang awam dan pihak berkepentingan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut serta paparan lokasi gempa secara interaktif melalui:
 
 
Sumber: MyGEMS JMG, MetMalaysia, Astro Awani
 
#MalaysiaMadani #NRES #JMGMalaysia #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #MADANIKemampanan