JMG ingin menegaskan bahawa walaupun pengeluaran hak pajakan melombong terletak di bawah Pihak Berkuasa Negeri, tetapi kebenaran operasi perlombongan melalui skim pengendalian melombong (Operational Mining Scheme – OMS) adalah di bawah kawal selia JMG selaras dengan peruntukan Akta Pembangunan Mineral 1994. Dalam hal ini, JMG menetapkan tiada kelulusan OMS akan diberi bagi perlombongan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) atau kawasan rizab perlindungan.
Muat turun:{rsfiles path="kenyataan-media/10022022 KENYATAAN MEDIA JMG TIADA KELULUSAN OPERASI PERLOMBONGAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN KSU.pdf"}