Op Bersepadu Khazanah fokus aktiviti penerokaan haram REE

Capture

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) akan mula memberikan perhatian kepada kerjasama rentas agensi bagi menangani aktiviti perlombongan haram unsur nadir bumi (REE) dan emas.

Ketua Pengarah Perhilitan, Abdul Kadir Abu Hashim, berkata mereka akan bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melaksanakan langkah tersebut melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

Katanya apabila OBK dilancarkan kira-kira lima tahun lalu ia lebih banyak memberi fokus kepada aktiviti pemburu haram dan kecurian hasil hutan bernilai tinggi.

Melalui pelaksanaan OBK tahun ini, kata Abdul Kadir, Perhilitan berjaya menggagalkan cubaan melombong emas secara haram di kawasan berhampiran Taman Negara Kelantan.

 "Dalam operasi itu, kami berjaya menahan tiga lelaki Myanmar dan seorang lelaki Thailand.

"Turut ditahan ialah dua lelaki warga tempatan bersama jentera dan peralatan melombong yang dianggarkan bernilai kira-kira RM700,000," katanya dalam sidang media Kuala Tahan, dekat Jerantut, Pahang, hari ini.

 

Terdahulu dia menghadiri mesyuarat OBK kali kedua untuk tahun ini. Tuurt hadir Ketua Polis Negara, Razarudin Husain; dan Timbalan Ketua Pengarah JKDM, Ribuan Abdullah.

Abdul Kadir juga memaklumkan, OBK sejak awal tahun ini berjaya menahan 170 warga tempatan dan 51 warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan.

"Sebanyak 240 kertas siasatan dibuka sehingga Sept lalu dengan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan dianggarkan RM122.5 juta," katanya.

 
 

 

 

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input