Bunyi letupan, gegaran di Ipoh tiada kaitan latihan letupan atau kuari - Polis

Capture

IPOH: Polis Perak sedang menyiasat insiden bunyi letupan dan gegaran yang dirasai di sekitar Ipoh pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Polis Perak sedang menyiasat insiden bunyi letupan dan gegaran yang dirasai di sekitar Ipoh pada Isnin, yang berlaku pada jam 11.06 pagi.
  • Tiada latihan letupan dijalankan oleh Briged Utara Pasukan Gerakan Am, tiada letupan di kuari sebelum jam 12 tengah hari, dan tiada aktiviti seismik dikesan di Ipoh walaupun terdapat gempa bumi di Halmahera, Indonesia pada jam 11.24 pagi.
  • Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Pusat Kawalan Kontinjen Perak dan mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mencetuskan kegusaran awam.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian letupan dan gegaran itu yang dikatakan berlaku pada jam 11.06 pagi.
 
"Hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan hari ini.
"Semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mendapati tiada letupan yang dijalankan di kuari sebelum jam 12 tengah hari.
"Begitu juga semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia mendapati tidak terkesan sebarang aktiviti seismik di daerah Ipoh walaupun terdapat kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada jam 11.24 pagi tadi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
 
Azizi berkata, polis sedang menyiasat mengenai insiden tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Pusat Kawalan Kontinjen Perak di talian 05-2451119 atau 05-2451073.
 
Orang ramai juga diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu sehingga mencetuskan kegusaran awam.

 

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input