Tiada mendapan atau rekahan baru lubang benam - Fahmi Zainol

Screenshot 2024 10 21 080803

Tiada mendapan atau rekahan baharu dikesan sepanjang kerja-kerja membaiki paip bocor milik Indah Water Konsortium (IWK) menyebabkan insiden lubang benam di Lebuh Bukit Kecil 3, dekat Pantai Jerejak, Bayan Lepas, Rabu lepas,

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak Fahmi Zainol berkata semua kerja pembaikan yang dijalankan sejak Khamis lepas berjalan lancar seperti dirancang dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

"Pemeriksaan dari semasa ke semasa juga mendapati tiada mendapan atau rekahan baharu di kawasan tersebut sepanjang kerja pembaikan paip itu dijalankan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan akibat daripada kebocoran pada paip itu, berlaku kejadian lubang berkeluasan 10 meter dengan kedalaman tiga meter di kawasan berkenaan.

Hasil tinjauan oleh pihak IWK melalui rakaman kamera ke dalam paip pembentung mendapati telah berlaku pecahan pada paip dan susulan itu pengguna jalan raya perlu menggunakan laluan alternatif kerana jalan ke Taman Sri Nibong melalui Krystal Point akan ditutup selama seminggu.

- Bernama

 
 

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input