MB Selangor tinjau lokasi tanah runtuh Taman Melawati

Screenshot 2024 10 17 111839

AMPANG – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hadir meninjau lokasi tanah runtuh di lereng bukit Jalan E6, Taman Melawati, di sini, pagi ini.

Amiruddin difahamkan tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi.

Beliau seterusnya melawat seramai 23 penduduk yang terdiri daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna di AU2 Taman Keramat, di sini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan hujan lebat sejak awal pagi semalam mengakibatkan kejadian tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati, Ulu Kelang, di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut sekitar pukul 11.42 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu menyebabkan 20 unit rumah teres terputus laluan utama.

Pihaknya bersama JBPM dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan bersama-sama di lokasi untuk pemantauan berkala. – KOSMO! ONLINE.

 

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input