Pokok condong, jalan retak tanda-tanda sebelum tanah runtuh

Screenshot 2024 10 17 104054

AMPANG – Siasatan oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (CKSC JKR) mendapati telah wujud tanda-tanda awal seperti pokok yang condong dan sedikit keretakan di atas permukaan jalan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, dekat sini, yang berlaku semalam.

“Terdapat sisa runtuhan mengandungi campuran tanah cerun berair, sisa pokok tumbang dan sebuah pondok pengawal di tepi Jalan E6 yang terbalik.

 

“Kegagalan cerun adalah merupakan hakisan tanah atas permukaan sahaja dan batuan sedimen dasar di bukit masih kukuh,” kata Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas melawat lokasi tanah runtuh.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Datuk Zamri Ramli yang turut berada di lokasi mengesahkan tiada pergerakan baharu dikesan di lokasi runtuhan pada hari ini.

 

“Pemerhatian yang dibuat sekitar pukul 2 pagi tadi, kita tengok semua tempat tiada pergerakan tanah yang berlaku. Di lokasi itu juga tiada batu kapur seperti didakwa, ia hanya melibatkan batu schise iaitu sejenis batu metamorfik,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Ahmad berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) mencadangkan laporan tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati di sini perlu dikemukakan dalam satu mesyuarat libat urus yang akan diadakan dalam masa terdekat.

 

Mesyuarat itu akan melibatkan CKSC JKR, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), dan pemilik tanah serta pemaju.

“CKC JKR selaku Pengerusi Jawtankuasa Cerun Kerja Tanah Runtuh di bawah Pelan Induk Cerun negara akan mengemukan laporan khidmat nasihat pakar teknikal serta cadanan pembaikan kepada pihak MPAJ.

“Sebab itu saya mencadangkan agar mesyuarat penyelarasan diadakan. Saya harap MPAJ adakan seawal pagi Jumaat ini kerana semua laporan teknikal akan siap petang esok,” tambahnya.

 

Ahmad menambah, buat masa ini tindakan mitigasi jangka pendek yang telah dikenal pasti adalah pembersihan sisa runtuhan, termasuk longkang di atas dan di bawah cerun selain kerja-kerja mencantas pokok di kawasan cerun, pengalihan sementara laluan air dan menutup runtuhan cerun dengan kanvas.

Kaedah pemakuan tanah dicadangan akan digunakan bagi memperbaiki cerun di Jalan E6, Taman Melawati yang runtuh awal pagi semalam.

“Runtuhan berlaku sepanjang 30 meter dari kaki cerun dengan keluasan permukaan runtuhan seluas 500 meter persegi dan kegagalan pada struktur dinding sistem perparitan telah menyebabkan aliran air melimpah ke permukaan cerun.

“Aliran air yang banyak akibat hujan lebat telah melemahkan struktur tanah dan menumbangkan pokok pokok pada cerun. Pihak MPAJ sudah menjalankan kerja-kerja pembersihan ke atas parit tersebut dan akan melaksanakan lencongan air ke parit bersebelahan jalan,” jelasya.

Terdahulu media melaporkan, sebanyak 26,722 bilangan cerun telah diinventori melibatkan 1,577 bilangan cerun mempunyai tahap Risiko yang ‘Sangat Tinggi’ dan 1,706 bilangan lagi mempunyai tahap Risiko yang ‘Tinggi’.

Ahmad melaporkan, jumlah itu berdasarkan pengumpulan data dan hasil Peta Bahaya sera Risiko Cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia bagi mengenalpasti cerun yang mempunyai risiko tinggi. – MalaysiaGazette

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input