Lulus sejak 13 tahun lalu, hutan simpan sudah dimansuh untuk kuari

Screenshot 2024 10 07 093703

Lumut: Kerajaan Negeri Perak mengesahkan aktiviti pengkuarian dalam kawasan Hutan Simpan Segari Melintang, di sini, bukanlah aktiviti baharu, malahan sudah diluluskan sejak 13 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Teh Kok Lim berkata, berdasarkan semakan Pejabat Tanah dan Galian (PTG), sebanyak 18 syarikat pengkuarian diberikan kelulusan oleh Jabatan Perhutanan Perak (JPNPk) untuk beroperasi di lokasi terbabit bermula 2011 sehingga 2021.

"Bermula 2021 lalu, Majlis Tanah Negara membuat ketetapan supaya tiada lagi aktiviti perlombongan atau pengkuarian dibenarkan beroperasi di dalam kawasan Rizab Hutan Simpan yang sudah diwartakan.

"Bagi mematuhi ketetapan itu, PTG Perak dan JPNPk melakukan penyelarasan supaya kawasan seluas 545 hektar yang terbabit dalam aktiviti pengkuarian sedia ada, dikeluarkan daripada Hutan Simpan Segari Melintang.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input