Tanah jerlus: DBKL laksana pemetaan utiliti, kajian struktur tanah

Screenshot 2024 09 02 084701Tanah jerlus: DBKL laksana pemetaan utiliti, kajian struktur tanah

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melakukan pemetaan utiliti dan kajian struktur tanah di seluruh ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, kini fasa pemulihan akan dimulakan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada hari kesembilan .

“Apa yang akan dilakukan seterusnya ialah pihak DBKL akan lakukan beberapa perkara iaitu pemetaan utiliti serta kajian struktur tanah seluruh Kuala Lumpur.

“Kita juga akan buat sesi libat urus kepada peniaga untuk teruskan kembali aktiviti di sini selain DBKL diminta melakukan reconstruction (pembinaan semula) di kawasan terlibat iaitu dari pintu gerbang sehingga ke Mydin kira-kira 100 meter,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Zaliha lagi, laporan penuh kejadian ini (tanah jerlus) akan buat satu noktah kepada Jemaah Menteri agar diketahui butiran mendalam daripada insiden terbabit.

“Saya minta semua pihak terlibat dalam SAR untuk memberikan input laporan penuh,” katanya.

Terdahulu, Dr. Zaliha memaklumkan operasi mencari dan menyelamat wanita warga India yang terjatuh di lokasi kejadian dihentikan serta-merta pada hari kesembilan.

Katanya, keputusan itu diambil atas beberapa faktor terutamanya disebabkan keselamatan anggota dan orang ramai.

23 Ogos lalu, seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, berasal dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India di sini.- UTUSAN

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input