Kerjasama pakar luar bangunkan akta REE

Batu Putih

PORT DICKSON – Agensi Nuklear Malaysia bekerjasama dengan pakar luar negara bagi membangunkan akta atau perundangan khususnya dalam aktiviti membabitkan perlombongan nadir bumi (REE) di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Dr. Rosli Darmawan berkata, langkah itu perlu memandangkan akta serta perundangan tersebut amat penting dalam menjaga kelestarian alam sekitar di masa akan datang.

Menurutnya, REE kini merupakan salah satu hasil yang sedang cuba dibangunkan Kerajaan dan pihaknya mempunyai teknologi dalam memastikan cara atau kaedah melombong REE mempunyai tatacara pengendalian piawai (SOP)nya.

“Kita ada bekerjasama dengan pakar dari luar negara seperti dari negara China dan kita dalam proses bangunkan juga akta perundangan supaya melombong (REE) ada SOP serta cara menjaga kelestarian alam sekitar.

“Ini penting bagi memastikan (alam) tak tercemar dengan cara melombong seperti yang ditinggalkan penjajah terdahulu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Seminar dan Bengkel Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2024, di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya potensi besar industri REE terutamanya daripada sumber tempatan. – KOSMO! ONLINE

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input