PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 02 FEBRUARI 2024.

WhatsApp Image 2024 02 06 at 3.06.40 PM

 

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 02 FEBRUARI 2024.

Pada minggu yang berakhir 2 Februari 2024, harga pasaran bagi mineral logam emas menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan harga antara 0.78% kepada USD65.40. Mineral logam lain mencatat penurunan harga antara 0.14% sehingga 3.96%. Harga timah telah merosot sebanyak 3.96% diikuti nikel 2.60%, tembaga 0.66% dan aluminium 0.14% dengan harga pasaran masing-masing USD25,450.00, USD16,100.00, USD8,399.50 dan USD2,208.50. Mineral tenaga arang batu dan bijih besi masih ditutup rendah berbanding minggu sebelumnya setelah harga pasaran masing-masing menyusut sebanyak 6.67% dan 5.11% untuk diniagakan pada USD98.70 dan USD128.63.
Pasaran mineral REO pada minggu berakhir 2 Februari 2024 menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding minggu lepas dengan semua REO mencatat peningkatan 0.07% sehingga 0.10%. Europium merekod peningkatan paling rendah iaitu 0.07% kepada USD27,460.00 manakala Terbium dan Lutetium mencatat kenaikan 0.09% untuk ditutup pada USD791,480.00 dan USD781,620.00. Mineral REO lain dan REC mencatat prestasi positif dengan peningkatan 0.10% berbanding minggu lepas.

1000 Characters left


Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input