Prestasi Harga Mineral Mingguan 22 Disember 2023

 

Pada minggu yang berakhir 22 Disember 2023, harga pasaran semua mineral logam menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan harga antara 0.22% sehingga 4.05% untuk ditutup lebih tinggi daripada minggu lepas. Aluminium mencatat peningkatan tertinggi sebanyak 4.05%, diikuti timah, 2.86% dan tembaga, 1.48% untuk mencecah harga USD2,195.50, USD25,200.00 dan USD8,470.50. Mineral tenaga, arang batu dan bijih besi ditutup rendah berbanding minggu sebelumnya setelah harga pasaran masing-masing menyusut sebanyak 3.33% dan 0.27% untuk diniagakan pada USD118.90 dan USD135.08.


Secara keseluruhannya, pasaran mineral REO pada minggu berakhir 15 Disember 2023, menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding minggu lepas. Kebanyakan REO menunjukkan peningkatan harga antara 0.22% sehingga 0.55% manakala selebihnya mencatat prestasi negatif dengan harga jualan menyusut antara 0.65% sehingga 2.87%. Terbium dan Dysprosium mendahului REO yang merekod prestasi positif, di mana harga jualan masing-masing meningkat sebanyak 0.55% dan 0.24% untuk ditutup pada USD1,116,870.00 dan USD373,470.00. Manakala Holmium menunjukkan kemerosotan tertinggi diikuti Neodymium dan Praseodymium di mana harga pasaran masing-masing menyusut 2.87%, 2.11% dan 1.89% untuk ditutup pada USD66,237.30, USD64,827.99 dan USD65,180.30.


Pada minggu berakhir 22 Disember 2023, pasaran kumpulan REC terus merosot setelah harga pasaran menyusut 0.72% berbanding minggu lepas untuk ditutup pada USD5,122.82.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input