PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 08 DISEMBER 2023
Pada minggu yang berakhir 08 Disember 2023, harga pasaran emas, aluminium, tembaga dan nikel masing-masing menyusut 1.82%, 1.72%, 1.28% dan 0.30% untuk didagangkan pada USD64.56, USD2,110.00, USD8,347.00 dan USD16,600.00. Timah mencatat peningkatan sebanyak 5.60% untuk mencecah harga jualan USD24,500.00. Mineral tenaga, arang batu dan bijih besi ditutup lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya setelah masing-masing mencatat peningkatan sebanyak 2.71% dan 3.82% untuk diniagakan pada USD123.00 dan USD135.45.
Secara keseluruhannya, pasaran mineral REO juga menunjukkan prestasi yang negatif. Harga pasaran Europium kekal sama seperti minggu lepas manakala Lanthanum merupakan satu-satunya REO yang menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan sebanyak 2.60% untuk dijual pada USD534.43. REO yang lain merekod kemerosotan harga pasaran di antara 0.03% sehingga 4.96% untuk diniagakan lebih rendah berbanding minggu lepas. Gadolinium mendahului REO yang merekod prestasi negatif, diikuti Neodymium dan Neodymium-Praseodymium di mana harga jualan masing-masing menyusut sebanyak 4.96%, 4.49% dan4.25% untuk ditutup pada USD29,807.52, USD66,223.30 dan USD63,692.48.
Pada minggu berakhir 8 Disember 2023, pasaran kumpulan REC terus merosot setelah harga pasaran menyusut 4.20% berbanding minggu lepas untuk ditutup pada USD5,160.07.