Mesyuarat Inter Committe on Slope Management (ICSM) di bawah Pelan Induk Cerun Negara (PICN) kali ke 15 Tahun 2022 telah diadakan pada 20-21 Oktober 2022 di Kota Kinabalu, Sabah. Delegasi JMG diketuai oleh YBrs Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) JMG.
Menerusi kerjasama Working Group 1 Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) yang mana JMG selaku peneraju, penghasilan Peta Tanah Runtuh Negara dan Garis Panduan PBRC serta pemetaan/penilaian kawasan hotspot tanah runtuh telah dilaksanakan seperti yang dirancang dan disebar-luaskan melalui platform ICSM untuk manfaat bersama.