Mesyuarat telah dijalankan secara hibrid pada 15 Ogos 2022 dan dipengerusikan oleh Tn Hj. Hisamuddin b. Termidi, Ketua Pengarah JMG.
Sejumlah 3 buah kertas teknikal telah dibentangkan. Mesyuarat meliputi perkembangan kajian bersama yang sedang dijalankan serta kajian akan datang oleh kedua-dua negara.
Sesi petang telah diakhiri dengan majlis perpisahan bagi En. Mohd Badzran b. Mat Taib, Khun Montri Luengingkasoot dan Dr. Suree Teerarungsigul.
Tahniah kepada semua ahli mesyuarat dan kumpulan kerja yang terlibat.