Suatu sesi kunjungan hormat dari pihak PETRONAS dan diikuti dengan sesi perbincangan cadangan kerjasama bagi Pembangunan Pusat Data Geosains Negara (National Geoscience Data Discovery Centre, NGDDC) telah dijalankan pada 09 Ogos 2022.
Pertemuan adalah dalam suasana yang agak santai namun telah membuahkan beberapa cadangan awal untuk tujuan tersebut.
Terima kasih kepada pihak PETRONAS yang sudi melibatkan JMG dalam usaha pengurusan bersepadu data geosains negara ini.