Lawatan dijalankan bersama Ketua Pengarah JAKOA, Y.Brs. Puan Hjh. Sapiah bt. Dato' Mohd Nor, Pengarah JAKOA Kelantan dan Terengganu.
JMG telah diwakili oleh Pengarah PPO, Pengarah dan pegawai JMG Kelantan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh dan Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat JMG.
SPATR ini telah dibangunkan hasil usahasama JAKOA dan pakar air bawah tanah JMG dan ia mampu membekalkan sumber air bawah tanah kepada lebihkurang 400 orang masyarakat Orang Asli di Gua Musang. Perbincangan tentang penambahbaikan dan strategi serta halatuju akan hadapan bagi sumber air ini telah dijalankan.