Majlis Pelancaran Permohonan Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK) Melalui Sistem BLESS (Business Licensing Electronic Support System)

Majlis Pelancaran permohonan Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK) Melalui Sistem BLESS (Business Licensing Electronic Support System) bagi industri kuari Malaysia telah diadakan di pejabat JMG Selangor/W.P. pada 17 Mei 2023. Setelah pelancaran ini, pengusaha-pengusaha kuari yang ingin memohon baru/pembaharuan SKSK boleh membuat permohonan tersebut secara dalam talian melalui Sistem BLESS. 
 
Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JMG En Zamri Bin Ramli dan dihadiri oleh Persatuan Kuari Malaysia sert pegawai-pegawai dri Bahagian BLESS, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac). Seramai 30 peserta dari kuari-kuari di Negeri Selangor dan pegawai JMG Selangor/W.P. telah menghadiri bengkel yang diadakan selepas majlis pelancaran ini. Pada 19 Julai 2022, JMG telah melancarkan permohonan Surat Kelulusan Skim Pengendalian melombong (SKSPM) melalui Sistem BLESS bagi pengusaha lombong di seluruh negara. 
 
Dengan kejayaan pelancaran hari ini, pengusaha-pengusaha lombong dan kuari di seluruh negara boleh membuat permohonan SKSPM/SKSK kepada pejabat JMG Negeri secara dalam talian.
 
FB IMG 1686276801275
 
Peserta-peserta yang menghadiri Majlis Pelancaran di Pejabat JMG Selangor/W.P
 
FB IMG 1686276776478
 
Sesi bergambar peserta-peserta Bengkel Bless bersama Ketua Pengarah JMG Malaysia
 
FB IMG 1686276767476
 
Sesi penyampaian cenderahati oleh Ketua Pengarah JMG En Ramli Bin Ramli kepada Penasihat Persatuan Kuari Malaysia (MQA) Dato' Yap Soon Huat 

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input