Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Portal Rasmi)

Dasar Privasi

Dasar Privasi

splwpk-online-e-participation splwpk-procurement splwpk-publicising splwpk-electronic-archive splwpk-online-services Laporan Tahunan JMG 2023 (PDF)
W3C Accessibility
splwpk-sitemap
Multi-language support (BM/EN)
MyHRMIS Mobile splwpk-broadcast splwpk-about-us splwpk-news splwpk-faq splwpk-client-charter splwpk-contact-details
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Berita & Artikel

Peta bahaya seismik sentiasa dikemaskini untuk rujukan pembangunan negara selamat

Peta bahaya seismik sentiasa dikemaskini untuk rujukan pembangunan negara selamat
Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – Foto fail NSTP

💡 5 Intipati Utama Peta Bahaya Seismik Negara

  1. Kerajaan komited memastikan Peta Bahaya Seismik Malaysia yang diterbitkan oleh JMG sentiasa dikemas kini secara berterusan sebagai rujukan utama bagi pembangunan negara yang selamat dan berdaya tahan.
  2. Menurut Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, peta ini menjadi input penting kepada piawaian reka bentuk bangunan serta perlu dikaji semula setiap tujuh tahun bagi memastikan kesesuaian dengan maklumat risiko dan piawaian kejuruteraan semasa.
  3. Pemakaian Peta Bahaya Seismik turut digunakan oleh JMG dalam menilai pembangunan berhampiran kawasan sesar aktif, manakala Jabatan Standard Malaysia (JSM) membangunkan Malaysian Standard MS EN 1998-1:2015 berasaskan Eurocode 8 untuk reka bentuk bangunan tahan gempa.
  4. Bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara, MET Malaysia dan JMG akan melaksanakan pengukuhan sistem pemantauan gempa bumi melalui RMK-13 Rolling Plan 1 termasuk menaik taraf stesen seismik, menambah dua stesen baharu di Segamat dan Muar serta mempertingkat sistem SeisComP bagi pengesanan pantas gegaran kecil.
  5. Selain MET Malaysia dan JMG, agensi lain seperti NADMA, JKR, PDRM dan APM turut memainkan peranan dalam latihan simulasi serta program kesedaran awam bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan rakyat terhadap risiko gempa bumi.

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited memastikan Peta Bahaya Seismik yang diterbitkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sentiasa dikemaskini secara berterusan dan berkala untuk rujukan pembangunan negara yang selamat.

Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Peta Bahaya Seismik digunakan sebagai input bagi piawaian reka bentuk bangunan.

Katanya, dari sudut teknikal, peta yang sudah berusia lebih tujuh tahun wajar dikaji semula bagi memastikan standard kejuruteraan dan piawaian pembangunan sentiasa sejajar dengan maklumat risiko terkini.

“Pemakaian Peta Bahaya Seismik juga digunakan oleh JMG dalam memberikan ulasan pembangunan cadangan kemajuan yang membabitkan kawasan sesar aktif yang terdedah kepada risiko bahaya seismik diakibatkan oleh gempa bumi.

“Pada masa yang sama, Jabatan Standard Malaysia (JSM) juga membangunkan Malaysian Standard (MS) berkaitan reka bentuk bangunan bagi tahan gempa bumi.

“MS EN 1998-1:2015 ini mengguna pakai standard Eropah iaitu ‘Eurocode 8: Design of structures for earthquake resistance – Part 1: General rules, seismic action and rules for buildings’ serta ‘Malaysia National Annex to Eurocode 8’.

“Standard ini menyediakan garis panduan terperinci reka bentuk struktur bangunan yang tahan terhadap gegaran gempa bumi, bagaimanapun penguatkuasaannya adalah tertakluk kepada kerajaan negeri,” katanya dalam jawapan bertulis dipaparkan dalam laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Kamal Ashaari (PAS-Kuala Krau) mengenai tindakan kementerian sebagai persediaan menghadapi gempa bumi yang semakin kerap termasuk aspek kesiapsiagaan dan keperluan piawaian bangunan baharu serta langkah-langkah yang dilakukan.

Johari berkata, bagi meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi gempa bumi, kementerian melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan JMG akan memperkukuh sistem pemantauan aktiviti gempa bumi menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 Rolling Plan 1 (RMK-13RP1).

Katanya, MET Malaysia akan melaksanakan Projek Pemerkasaan Perkhidmatan Gempa Bumi dan Tsunami Fasa 2 yang membabitkan pengukuhan 12 buah stesen seismik di seluruh negara, pembinaan dua stesen seismik baharu di Segamat dan Muar, Johor serta naik taraf empat stesen seismik di Johor.

“MET Malaysia juga sedang melaksanakan peningkata keupayaan Sistem Pengesanan dan Pemprosesan Data SeisComP, dengan penekanan kepada modul pengesanan gempa bumi tempatan supaya kejadian gempa bumi berskala kecil dapat dikesan dengan lebih cepat dan tepat.

“JMG turut menjalankan pemantauan ke atas 53 Penanda Aras Pergerakan Sesar (PAPS) yang dibina di kawasan zon sesar di seluruh negara dan menjadi rujukan penting dalam pengemaskinian Peta Bahaya Seismik.

“Selain MetMalaysia dan JMG, agensi lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut terbabit.

“Mereka mempunyai peranan dalam kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan di mana latihan simulasi serta program kesedaran awam juga dijalankan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan rakyat,” katanya.