Page 43 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 43
42 PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020
SLOGAN
1JMG, Bumi Diteroka, Persekitaran Dipelihara
Sebagai peneraju utama dalam aspek pembangunan mineral dan perkhidmatan
geosains negara, JMG bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan mineral
dan pembangunan fizikal seiring dengan pemeliharaan alam sekitar. JMG memainkan
peranan penting dalam meneroka sumber bumi melalui aktiviti eksplorasi, R&D dan
kawal selia supaya dijalankan dengan teratur, selamat dan mesra alam. Sehubungan
dengan itu, JMG akan bekerjasama dengan pihak pengusaha supaya meneroka
sumber bumi mengikut amalan terbaik.
JMG juga menjalankan penyiasatan untuk mengumpul dan menganalisis maklumat
geosains bagi memahami keadaan geologi negara. Data dan maklumat geosains boleh
digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah, meningkatkan kesejahteraan
hidup masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara
serta pengurangan risiko bencana dan pemeliharaan alam sekitar.
Peranan yang dilaksanakan oleh JMG amat penting untuk meyakinkan masyarakat
bahawa pembangunan guna tanah dan penerokaan sumber bumi dapat diusahakan
mengikut amalan terbaik, selamat dan mesra alam.