Page 16 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 16

15
                                            PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020







 OBJEKTIF                      FUNGSI DAN PERANAN




                   Bagi mencapai Visi, Misi dan Objektif yang ditetapkan, JMG dipertanggungjawabkan
                   dengan peranan utama seperti berikut:-

                   1. Mengendali eksplorasi mineral secara sistematik.


                   2. Mengendali  penyiasatan  pelbagai  bidang  geosains  seperti  pemetaan  geologi,
                       sumber air tanah, geologi kejuruteraan, bencana geologi, geologi alam sekitar,
                       geologi marin, geofizik, dan bidang-bidang geosains lain secara sistematik.

                   3. Menyedia perkhidmatan analisis geokimia dan ujian fizikal bahan batuan dan
                       mineral.

                   4. Bertindak sebagai bank data nasional bagi semua maklumat berkaitan geosains
                       dan sumber mineral negara.

                   5. Mengumpul,  menganalisis  dan  menyebarkan  data  dan  maklumat  berkaitan
                       eksplorasi mineral, perlombongan dan aktivti yang berkaitan.

                   6. Menyedia perkhidmatan nasihat teknikal dan kepakaran dalam bidang mineral,
                       geosains, perlombongan dan pengkuarian.

                   7. Membantu  dan  bekerjasama  dengan  pihak  swasta  dan  industri  dalam  usaha
                       pembangunan sektor mineral.

                   8. Menentukan  supaya  aktiviti  perlombongan  mineral  serta  aktiviti  lain  yang
                       berkaitan dengannya dijalankan dengan cara yang selamat, cekap dan sistematik.

                   9. Melaksana  dasar  dan  arahan  kerajaan  berhubung  dengan  industri  mineral
                       dan  geosains,  di  samping  mentadbir  dan  menguatkuasa  undang-undang  yang
                       berkaitan.


                   10. Menjalankan  penyelidikan  dan  pembangunan  (R&D),  pemindahan  teknologi,
                       pembangunan  sumber  mineral  serta  mempromosi  hasil  penyelidikan  supaya
                       digunapakai oleh pihak industri.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21