Prestasi Harga Mineral Minggu 8 November 2024

WhatsApp Image 2024 11 11 at 6.09.21 PM

Prestasi Harga Mineral Minggu 8 November 2024

Prestasi harga dagangan bagi emas, aluminium dan tembaga mengalami penurunan sebanyak 1.94%, 0.52% dan 1.10% dengan harga jualan sebanyak USD86.52, USD2,599.50 dan USD9,321.00. Harga dagangan timah dan nikel pula meningkat naik dengan masing-masing dijual pada harga USD31,540.00 dan USD16,100.00. Begitu juga harga dagangan bagi arang batu dan bijih besi yang meningkat sebanyak 0.88% dan 1.30% untuk dijual pada harga USD119.75 dan USD103.82 berbanding USD118.70 dan USD102.49 pada minggu lepas.

Secara keseluruhan, harga dagangan bagi kesemua RE Oksida (REO) menunjukkan sedikit penurunan berbanding minggu sebelumnya. Penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh mineral REO Europium dengan harga jualan sebanyak USD27,230.00 berbanding USD27,310.00 bagi setiap tan metrik. Selebihnya, lain-lain RE Oksida mengalami penurunan yang sama iaitu sebanyak 0.26%.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih rendah pada harga USD4,783.52 berbanding USD4,802.91 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.40%.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input