PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 25 OKTOBER 2024

WhatsApp Image 2024 10 29 at 6.31.54 AM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 25 OKTOBER 2024

Prestasi harga dagangan bagi kumpulan mineral logam adalah agak seimbang dengan emas dan aluminium menunjukkan prestasi yang positif manakala bagi nikel, timah dan tembaga pula menurun. Harga bagi aluminium meningkat naik sebanyak 1.91% untuk dijual pada harga USD2,600.00. Nikel pula merekodkan penurunan harga tertinggi untuk dijual pada harga USD15,915.00 berbanding USD16,775.00. Mineral tenaga arang batu turut menunjukkan prestasi positif dengan harga jualan sebanyak USD119.00 berbanding USD118.75 manakala bagi bijih besi pula ditutup pada harga USD104.23, 1.08% lebih rendah berbanding harga pada minggu lepas.

Secara keseluruhan, harga dagangan bagi hampir kesemua RE Oksida (REO) ditutup lebih tinggi dengan peratusan peningkatan di antara 0.02% sehingga 18.47%. Peningkatan harga tertinggi dicatatkan oleh mineral REO Scandium dengan harga jualan sebanyak USD854,950.00 berbanding USD721,640.00 pada minggu sebelumnya. Hanya mineral REO Erbium, REO Gadolinium dan REO Holmium sahaja yang mencatatkan penurunan harga dengan harga jualan bagi setiap tan REO adalah USD42,607.46, USD24,667.48 dan USD72,320.57.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih tinggi pada harga USD4,800.35 berbanding USD4,757.23 dengan peratusan peningkatan sebanyak 0.91%.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input