PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 27 SEPTEMBER 2024

WhatsApp Image 2024 10 01 at 8.52.54 AM

 

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 27 SEPTEMBER 2024

Ketiga-tiga kumpulan mineral logam, tenaga dan bijih telah menunjukkan prestasi yang positif dengan peratusan peningkatan di antara 0.22% sehingga 5.00%. Bagi kumpulan mineral logam, aluminium dan tembaga telah mencatatkan prestasi tertinggi untuk dijual pada harga USD2,609.00 dan USD9,858.00. Harga bagi arang batu juga telah meningkat sebanyak 0.22% untuk dijual pada harga USD115.00 berbanding USD114.75. Bijih besi turut mencatatkan peningkatan dengan harga jualan sebanyak USD92.98 berbanding USD91.93.

Secara keseluruhan, kesemua harga dagangan bagi RE Oksida (REO) ditutup lebih tinggi dengan peratusan peningkatan di antara 0.76% sehingga 2.17%. Peningkatan harga tertinggi telah dicatatkan oleh REO Gadolinium dan REO Neodymium-Praseodymium untuk ditutup pada harga USD25,784.58 dan USD60,971.27 berbanding dengan harga jualan pada minggu sebelumnya sebanyak USD25,237.53 dan USD59,735.89.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih tinggi pada harga USD4,936.11 berbanding USD4,835.43 dengan peratusan peningkatan sebanyak 2.08%.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input