PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 6 SEPT 2024

WhatsApp Image 2024 09 10 at 7.37.17 AM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 6 SEPT 2024

Prestasi harga dagangan bagi kesemua kumpulan mineral logam, tenaga dan bijih menunjukkan penurunan di antara 0.29% sehingga 8.89%. Penurunan tertinggi dicatatkan oleh mineral bijih untuk dijual pada harga USD91.61 berbanding USD100.55 bagi setiap tan metrik. Antara lain, nikel dan arang batu turut menunjukkan penurunan yang signifikan dengan harga jualan sebanyak USD15,825.00 dan USD115.50 berbanding USD16,810.00 dan USD121.30 pada minggu sebelumnya.

Secara keseluruhan, prestasi harga dagangan RE Oksida (REO) agak seimbang dengan 9 REO mencatatkan peningkatan harga manakala selebihnya sebanyak mencatatkan sedikit penurunan harga dagangan. Peningkatan harga tertinggi telah dicatatkan oleh REO Terbium dan juga REO Dysprosium dengan harga jualan sebanyak USD801,410.00 dan USD251,230.00 berbanding USD748,170.00 dan USD239,550.00 pada minggu lepas. Manakala penurunan harga bagi kesemua 7 REO yang lain pula dilihat agak setara dalam linkungan peratusan 0.10% sehingga 0.11% sahaja.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih tinggi pada harga USD4,856.21 berbanding USD4,636.52 dengan peratusan peningkatan sebanyak 4.74%.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input