PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 9 OGOS 2024

WhatsApp Image 2024 08 13 at 8.02.35 AM

 

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 9 OGOS 2024

Prestasi harga jualan kumpulan mineral logam bagi emas, tembaga dan nikel menurun dengan dengan peratusan penurunan sebanyak 1.72%, 1.93% dan 0.46% untuk dijual pada harga USD78.04, USD8,803.00 dan USD16,075.00. Bijih besi turut menunjukkan prestasi penurunan sebanyak 2.63% untuk ditutup dengan harga jualan sebanyak USD101.26 berbanding USD104.00 pada minggu sebelumnya. Sebaliknya, perkembangan positif direkodkan oleh mineral logam timah, aluminium dan arang batu dengan peratusan peningkatan sebanyak 5.48%, 2.19% dan 1.68% untuk didagangkan pada harga USD31,850.00, USD2,262.50 dan USD124.00 bagi setiap tan metrik.

Secara keseluruhan, prestasi bagi semua mineral RE Oksida (REO) adalah positif kecuali bagi mineral REO Terbium dan Dysprosium yang mengalami sedikit penurunan harga dengan peratusan sebanyak 0.46% dan 0.17% untuk ditutup pada harga USD722,760.00 dan USD240,460.00 berbanding USD726,070.00 dan USD240,880.00 pada minggu lepas. Peratusan peningkatan mineral REO lain adalah di antara 0.01% sehingga 3.48%. Antara 3 mineral REO yang mencatatkan peningkatan tertinggi adalah Erbium (3.48%), Holmium (2.89%) dan Neodymium-Praseodymium (1.39%) dengan harga jualan sebanyak USD43,087.87, USD71,164.48 dan USD51,983.43.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih tinggi untuk dijual pada harga USD4,211.49 berbanding USD4,149.98 dengan peratusan peningkatan sebanyak 1.48%.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input