PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 2 OGOS 2024

WhatsApp Image 2024 08 06 at 10.20.38 AM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 2 OGOS 2024

Prestasi harga jualan kumpulan mineral logam bagi emas, timah dan nikel adalah meningkat dengan peningkatan tertinggi dicatatkan oleh nikel untuk dijual pada harga USD16,150.00 berbanding USD15,540.00. Perkembangan positif turun dicatatkan mineral tenaga arang batu dengan peningkatan jualan sebanyak USD15.80 untuk ditutup pada harga USD121.95. Manakala bagi aluminium dan nikel pula menunjukkan penurunan sebanyak 0.65% dan 0.46% dengan harga pasaran ditutup pada harga USD2,214.00 dan USD8,976.50. Selain itu, bijih besi turut merekodkan penurunan harga sebanyak 2.68% untuk ditutup pada harga USD104.00 berbanding USD106.15 bagi setiap tan metrik.

Secara keseluruhan, prestasi bagi semua mineral RE Oksida (REO) adalah positif kecuali bagi mineral REO Scandium yang mengalami penurunan yang agak signifikan dengan peratusan sebanyak 16.13% untuk ditutup pada harga USD715,750.00 berbanding USD853,380.00. Peratusan peningkatan mineral REO lain adalah di antara 0.001% sehingga 4.56%. Antara 3 mineral REO yang mencatatkan peningkatan tertinggi adalah Terbium(4.56%), Dysprosium(4.48%) dan Gadolinium(3.00%) dengan harga jualan sebanyak USD726,070.00, USD240,880.00 dan USD23,674.83 bagi setiap tan metrik. Walaubagaimanapun, harga pasaran Europium pula kekal tidak berubah seperti minggu sebelumnya untuk diniagakan pada harga USD26,840.00.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih tinggi untuk dijual pada harga USD4,149.98 berbanding USD4,053.57 dengan peratusan peningkatan sebanyak 2.38%.

 

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input