PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 28 JUN 2024

WhatsApp Image 2024 07 01 at 3.58.41 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 28 JUN 2024

Prestasi harga jualan bagi mineral logam pada minggu berakhir 28 Jun 2024 adalah agak seimbang di mana 3 mineral logam mencatatkan peningkatan harga iaitu timah,aluminium dan nikel dengan peratusan tertinggi sebanyak 1.35% dicatatkan oleh aluminium dengan harga jualan sebanyak USD2,485.00 berbanding USD2,452.00 pada minggu sebelumnya. Bagi emas dan tembaga pula mencatatkan sedikit penurunan dengan peratusan sebanyak 0.18% dan 0.90% sahaja. Perkara yang sama turut direkodkan oleh mineral tenaga arang batu dan bijih besi dengan harga jualan sebanyak USD109.10 dan USD106.83 berbanding USD109.75 dan USD106.96 bagi setiap tan metrik.

Secara keseluruhan, hampir kesemua mineral RE Oksida (REO) mencatatkan prestasi negatif kecuali bagi mineral REO Gadolinium dengan prestasi peningkatan sebanyak 0.51% untuk didagangkan pada harga USD22,642.13 berbanding USD22,526.54. Bagi mineral yang lain merekodkan penurunan harga yang berjulat di antara 0.07% sehingga 4.13% dengan penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh Terbium untuk ditutup pada harga USD734,150.00 berbanding USD765,770.00 pada minggu sebelumnya. Hal ini turut diikuti dengan mineral REO Dysprosium dan Praseodymium untuk dijual pada harga USD248,380.00 dan USD50,498.81 berbanding USD250,680.00 dan USD50,822.08 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.92% dan 0.64%.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) turut ditutup rendah untuk dijual pada harga USD4,020.69 berbanding USD4,038.30 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.44%.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input