PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 14 JUN 2024
Prestasi harga jualan bagi hampir kesemua mineral logam pada minggu berakhir 14 Jun 2024 adalah lebih rendah kecuali bagi emas dan timah yang merekodkan prestasi positif untuk ditutup pada harga USD74.93 dan USD32,405.00 berbanding USD74.29 dan USD32,100.00 pada minggu sebelumnya. Mineral logam lain mencatatkan penurunan harga berjulat di antara 1.89% sehingga 4.38% dengan prestasi tertinggi dicatatkan oleh aluminium untuk dijual pada harga USD2,465.00. Bijih besi turut mencatatkan penurunan harga sebanyak 1.06% untuk ditutup pada harga USD107.33. Bagi harga jualan arang batu pula ditutup lebih tinggi untuk ditutup pada harga USD109.60 berbanding USD108.00 bagi setiap tan metrik.
Secara keseluruhan, kesemua mineral RE Oksida (REO) mencatatkan prestasi negatif kecuali bagi mineral REO Erbium dengan peningkatan harga sebanyak 1.50% untuk didagangkan pada harga USD42,968.91 berbanding USD42,333.80 pada minggu lepas. Peratusan penurunan harga bagi mineral yang lain adalah di antara 0.12% sehingga 1.71% dengan rekod penurunan tertinggi dicatatkan oleh Dysprosium untuk ditutup pada harga USD255,750.00 berbanding USD260,200.00 pada minggu sebelumnya. Hal ini turut diikuti dengan mineral REO Praseodymium dan Gadolinium untuk dijual pada harga USD50,737.69 dan USD22,962.59 berbanding USD51,282.40 dan USD23,197.54 dengan peratusan penurunan sebanyak 1.06% dan 1.01%.
Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) masih ditutup rendah untuk dijual pada harga USD4,021.89 berbanding USD4,061.29 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.97%.