PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 31 MEI 2024

WhatsApp Image 2024 06 04 at 6.07.30 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 31 MEI 2024

Harga jualan bagi mineral logam emas dan aluminium pada minggu berakhir 31 Mei 2024 ditutup lebih tinggi dengan prestasi peningkatan sebanyak 0.24% dan 3.00% untuk dijual pada harga USD75.50 dan USD2,676.00. Bagi mineral logam nikel, timah dan tembaga pula mencatatkan penurunan sebanyak 0.63%, 1.19% dan 2.65% dengan harga jualan USD19,825.00, USD33,275.00 dan USD9,984.00. Bagi mineral tenaga arang batu dan bijih besi turut mencatatkanprestasi positif dengan peratusan peningkatan sebanyak 0.38% dan 0.78% untuk ditutup pada harga USD105.50 dan USD118.58 bagi setiap tan metrik.

Secara keseluruhannya mineral oksida RE (REO) mencatatkan prestasi turun dan naik yang agak seimbang bagi kesemua 16 REO yang didagangkan. REO yang mencatatkan peningkatan harga tertingga adalah Lanthanum sebanyak 0.13% dengan harga jualan USD551.37 berbanding USD550.68 pada minggu sebelumnya. Manakala bagi REO yang mencatatkan penurunan terbanyak pula ialah Gadolinium dengan peratusan penurunan sebanyak 7.87% untuk ditutup pada harga USD23,019.56 berbanding USD24,987.27 bagi setiap tan metrik.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) masih ditutup rendah untuk dijual pada harga USD4,183.49 berbanding USD4,254.03 dengan peratusan penurunan sebanyak 1.66%.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input