PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 17 MEI 2024

WhatsApp Image 2024 05 20 at 5.03.47 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 17 MEI 2024

Harga jualan bagi kesemua mineral logam dan bijih pada minggu berakhir 17 Mei 2024 ditutup lebih tinggi dengan prestasi peningkatan di antara 0.08% sehingga 10.74%. Peningkatan harga tertinggi dicatatkan oleh nikel dengan harga jualan sebanyak USD20,730.00 berbanding USD18,720.00 diikuti dengan tembaga pada harga USD10,397.00 berbanding USD9,941.50 pada minggu lepas. Hanya mineral tenaga arang batu sahaja yang mencatatkan penurunan harga dengan peratusan penurunan sebanyak 1.87% untuk ditutup pada harga USD105.00 bagi setiap tan metrik.

Secara keseluruhannya harga pasaran bagi mineral oksida RE (REO) mencatatkan sedikit penurunan harga dengan peratusan prestasi di antara 0.01% sehingga 1.59% bagi minggu berakhir 17 Mei 2024. Penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh Gadolinium dan Neodymium untuk dijual pada harga USD25,820.88 dan USD56,267.43 berbanding USD26,238.74 dan USD56,896.65 pada minggu sebelumnya. Hanya 3 REO sahaja yang menunjukkan peningkatan harga iaitu Erbium, Holmium dan Dysprosium dengan harga jualan sebanyak USD45,290.11, USD78,014.97 dan USD284,440.00 dengan prestasi peratusan di antara 0.47% sehingga 2.49%. Walaubagaimanapun REO Erbium kekal tidak berubah untuk dijual pada harga USD26,930.00.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) masih ditutup rendah untuk dijual pada harga USD4,480.68 berbanding USD4,543.45 dengan peratusan penurunan sebanyak 1.38%.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input