PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 10 MEI 2024
Harga jualan bagi hampir kesemua mineral logam, tenaga dan bijih pada minggu berakhir 10 Mei 2024 ditutup lebih rendah dengan prestasi penurunan di antara 0.08% sehingga 0.93%. Penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh bijih besi dengan harga jualan sebanyak USD116.93 berbanding USD118.03 diikuti dengan arang batu pada harga USD107.00 berbanding USD107.90 pada minggu lepas. Hanya mineral logam emas, timah dan tembaga sahaja yang mencatatkan peningkatan harga dengan peratusan tertinggi dicatatkan oleh emas dengan peratusan peningkatan 3.40% untuk ditutup pada harga USD76.28 diikuti timah pada harga USD32,885.00 dan tembaga pada harga USD9,941.50 bagi setiap tan metrik.
Secara keseluruhannya harga pasaran bagi kesemua mineral oksida RE (REO) mencatatkan prestasi negatif di antara 0.52% sehingga 2.16% bagi minggu berakhir 10 Mei 2024. REO yang mencatatkan penurunan harga tertinggi adalah seperti Terbium dan Gadolinium dengan peratusan penurunan sebanyak 2.16% dan 2.12% untuk dijual pada harga USD911,450.00 dan USD26,238.74 berbanding dengan USD931,570.00 dan USD26,807.20 pada minggu sebelumnya.
Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup pada harga yang lebih rendah iaitu sebanyak USD4,543.45 berbanding USD4,601.55 dengan peratusan penurunan sebanyak 1.26%.