PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 26 APRIL 2024

WhatsApp Image 2024 04 29 at 2.11.13 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 26 APRIL 2024

Secara keseluruhannya hampir kesemua harga pasaran mineral logam dan arang batu pada minggu berakhir 26 April 2024 ditutup lebih rendah dengan peratusan diantara 1.54% sehingga 7.19%. Mineral logam timah menunjukkan penurunan tertinggi untuk dijual pada harga USD33,100.00 berbanding USD35,665.00 pada minggu lepas. Ini turut diikuti dengan aluminium dengan prestasi penurunan sebanyak 3.25% untuk ditutup pada harga USD2,559.00. Hanya mineral logam tembaga, nikel dan bijih besi sahaja yang merekodkan peningkatan harga sebanyak 1.23%, 0.74% dan 1.76% dengan harga jualan sebanyak USD9,868.00, USD19,175.00 dan USD110.16 bagi setiap tan metrik.

Bagi harga pasaran mineral oksida RE (REO) pula merekodkan prestasi yang hampir seimbang diantara peningkatan dan penurunan harga semasa. Antara REO yang mencatatkan prestasi peningkatan tertinggi adalah seperti Praseodymium, Neodymium dan Terbium dengan peratusan peningkatan sebanyak 4.47%, 4.34% dan 4.21% untuk dijual pada harga USD57,349.13, USD57,278.77 dan USD920,400. Selebihnya, mineral REO seperti Lanthanum, Cerium, Samarium, Europium, Ytterbium, Lutetium dan Scandium merekodkan purata prestasi penurunan yang hampir sama iaitu sebanyak 0.01% dengan perbandingan harga minggu sebelumnya.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup pada harga yang lebih tinggi iaitu sebanyak USD4,580.89 berbanding USD4,398.56 dengan peratusan peningkatan sebanyak 4.15%.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input