PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 19 APRIL 2024
Secara keseluruhannya hampir kesemua harga pasaran mineral logam dan bijih pada minggu berakhir 19 April 2024 ditutup lebih tinggi dengan peratusan diantara 2.07% sehingga 8.32%. Mineral logam timah menunjukkan peningkatan harga yang berterusan selama 4 minggu berturut untuk dijual pada harga USD35,665.00 berbanding dengan USD32,925.00 pada minggu lepas. Ini turut diikuti dengan aluminium dengan prestasi peningkatan sebanyak 8.29%untuk ditutup pada harga USD2,645.00. Hanya mineral logam emas dan mineral tenaga arang batu sahaja yang merekodkan penurunan harga sebanyak 0.91%% dan 0.83% dengan harga dagangan sebanyak USD76.51 dan USD120.00 bagi setiap tan metrik.
Bagi harga pasaran mineral oksida RE (REO) pula, hampir kesemua menunjukkan prestasi negatif diantara 0.11% sehingga 0.75%. Penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh mineral REO Praseodymium untuk diniagakan pada harga USD54,894.01 berbanding USD55,307.40 pada minggu lepas. Ini turut diikuti oleh oleh REO Neodymium dengan harga jualan sebanyak USD54,894.01 berbanding USD55,236.94. Terdapat juga beberapa mineral REO yang merekodkan peningkatan harga jualan seperti Gadolinium, Terbium, Holmium, Erbium dan Neodymium-Praseodymium dengan peratusan peningkatan diantara 0.41% sehingga 3.01%.
Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup pada harga yang lebih tinggi iaitu sebanyak USD4,398.56 berbanding USD4,382.32 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.37%.