PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 12 APRIL 2024

WhatsApp Image 2024 04 15 at 4.31.55 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 12 APRIL 2024

Prestasi harga bagi kesemua mineral logam, mineral tenaga dan bijih pada minggu berakhir 12 April 2024 ditutup lebih tinggi dengan peratusan diantara 0.28% sehingga 14.95%. Peningkatan harga tertinggi dicatatkan oleh mineral logam timah untuk dijual pada harga USD32,925.00 berbanding USD28,643.00. Ini turut diikuti bijih besi dengan prestasi peningkatan sebanyak 6.08% untuk ditutup pada harga USD106.05. Hanya mineral logam aluminium sahaja yang merekodkan penurunan harga sebanyak 0.08% dengan harga dagangan sebanyak USD2,442.50 berbanding USD2,444.50 pada minggu lepas.

Hampir kesemua harga pasaran mineral oksida RE (REO) pada minggu berakhir 12 April 2024 menunjukkan prestasi positif diantara 2.67% sehingga 12.08% dengan peningkatan harga tertinggi dicatatkan oleh mineral REO Terbium untuk diniagakan pada harga USD880,690.00 berbanding USD785,780.00 pada minggu lepas. Peningkatan signifikan turut dicatatkan oleh REO Holmium dengan harga jualan sebanyak USD67,637.07 berbanding USD60,747.86. Terdapat juga beberapa mineral REO yang merekodkan penurunan harga jualan seperti Lanthanum, Cerium, Samarium, Yttrium, Ytterbium, Lutetium dan Scandium dengan peratusan penurunan yang sama iaitu 0.03%. Bagi REO Europium pula kekal tidak berubah dengan harga jualan sebanyak USD27,480.00.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup pada harga yang lebih tinggi iaitu USD4,382.32 berbanding USD4,143.82 dengan peratusan penurunan sebanyak 5.76%.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input