PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 01 MAC 2024
Pada minggu berakhir 01 Mac 2024, nilai dagangan mineral berlogam timah, tembaga, nikel dan bijih besi masing-masing menunjukkan prestasi negatif sebanyak 0.74%, 0.58%, 0.15% dan 10.22% untuk diniagakanpada harga USD26,100, USD8,393.00, USD17,150.00 dan USD113.89. Harga dagangan emas dan aluminium bagaimanapun meningkat naik sebanyak 1.10% kepada USD65.90 dan 1.23% kepada USD2,183.00. Arang batu turut ditutup pada harga dagangan yang lebih tinggi iaitu USD107.00 dengan prestasi positif sebanyak 11.98%.
Hampir kesemua harga pasaran mineral oksida RE (REO) pada minggu berakhir 01 Mac 2024 menunjukkan prestasi yang positif kecuali bagi Praseodymium, Neodymium, Gadolinium, Terbium, Dysprosium dan Neodymium-Praseodymium dengan peratusan penurunan di antara 0.46% sehingga 3.84%
Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup pada harga yang lebih rendah iaitu USD4,116.30 berbanding USD4,505.01 pada minggu sebelumnya.