PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 16 FEBRUARI 2024
Pada minggu berakhir 16 Februari 2024, hampir kesemua mineral logam merekodkan prestasi harga yang positif di antara 0.42% dan 3.58%. Harga dagangan logam timah meningkat lagi pada minggu ini sebanyak 3.58% kepada USD26,900 dan bijih besi meningkat sebanyak 0.42% untuk diniagakan pada harga USD129.29. Emas bagaimanapun merosot sebanyak 1.27% daripada USD65.06 kepada USD64.23 manakala arang batu merosot sebanyak 1.56% untuk didagangkan pada harga USD94.50.
Tidak ada laporan harga dagangan mineral oksida RE (REO) pada 10-18 Februari 2024 bersempena sambutan Tahun Baru Cina. Laporan harga REO ini dikeluarkan pada 19 Februari 2024. Secara keseluruhannya, prestasi harga pasaran mineral oksida RE (REO) menunjukkan peningkatan yang sekata iaitu 0.04% kecuali Neodymium-Praseodymium yang menurun sebanyak 0.96%.
Pasaran kumpulan karbonat RE (REC) pada 19 Februari 2024 menurun sebanyak 1.04% untuk ditutup pada harga lebih rendah iaitu USD4,505.01 berbanding USD4,552.30 pada minggu sebelumnya.