Page 67 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 67

66      PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020







                               ELEMEN PENENTU KEJAYAAN




                   Pelan Strategik ini disediakan berdasarkan hala tuju dan bidang fokus JMG selaras
                   dengan  agenda  pemodenan  dan  transformasi  sistem  penyampaian  perkhidmatan
                   sektor awam bagi tempoh lima tahun bermula 2016 hingga 2020. Lapan elemen
                   utama  dikenalpasti  sebagai  penyumbang  kepada  kejayaan  pelaksanaan  pelan
                   strategik ini:

                   1. Komitmen Pengurusan Tertinggi

                   Pencapaian matlamat pelan strategik ini bergantung sepenuhnya kepada komitmen
                   Pengurusan  Tertinggi  JMG.  Pelaksanaan  pelan  strategik  ini  hendaklah  dijadikan
                   rujukan  utama  dalam  merancang  gerak  kerja  dan  aktiviti  Jabatan.  Pengurusan
                   Tertinggi juga perlu menilai dan memantau prestasi pelaksanaan pelan tindakan bagi
                   mencapai objektif strategik yang telah ditetapkan.


                   2. Kapasiti Organisasi
                   Jabatan  perlu  mengukuhkan  kapasiti  organisasi  bagi  melaksanakan  tugas  dan
                   tanggungjawab ke arah mencapai matlamat strategik yang ditetapkan. Pembangunan
                   kapasiti  ini  merangkumi  pengukuhan  struktur  organisasi  dan  penyediaan  sumber
                   tenaga  kerja  yang  setara  dengan  beban  tugas  dan  keperluan  bidang  kepakaran
                   semasa. Struktur organisasi juga harus mengambil kira penyediaan kumpulan pakar
                   mengikut bidang teras Jabatan.

                   3. Pembangunan Modal Insan

                   Jabatan hendaklah memberi tumpuan serius kepada peningkatan ilmu dan kepakaran
                   modal insan melalui program pembangunan kompetensi yang sesuai bagi mencapai
                   objektif strategik yang telah ditetapkan. Penyediaan pelan pembangunan modal insan
                   yang jelas merangkumi pelan latihan komprehensif, pelan pembangunan kerjaya dan
                   pelan penggantian adalah perlu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang
                   lebih efisien. Pelan pembangunan modal insan ini juga akan memastikan kepakaran
                   dalam bidang kritikal Jabatan dapat dipertingkat dan dikekalkan.


                   4. Infrastruktur dan Infostruktur

                   Penyediaan  kemudahan  infrastruktur  dan  infostruktur  yang  mantap  adalah  perlu
                   bagi  menyokong  pencapaian  matlamat  Pelan  Strategik  dengan  lebih  cemerlang.
                   Ini termasuk menyediakan peralatan ICT dan teknologi terkini serta perolehan data
                   dan maklumat berintegriti. Penyebaran informasi juga perlu dipertingkatkan melalui
                   pusat sumber dan portal Jabatan.
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72