Page 63 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 63
62 PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020
mineral tempatan, kitar semula mineral, penjagaan alam sekitar dan keselamatan
pekerjaan. Hasil penyelidikan yang dikomersilkan perlu ditingkatkan bagi mengukuh
keupayaan industri mineral tempatan.
Bagi menjamin sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan, JMG perlu
membuat perancangan yang berterusan bagi menyediakan infrastruktur perkhidmatan
makmal yang moden. Ini termasuk memperolehi teknologi terkini dalam usaha untuk
menghasilkan laporan analisis yang tepat dan cepat bagi memenuhi keperluan
semasa.
Disamping itu, aspek perkongsian pintar perlu diperkukuhkan melalui kerjasama
dengan pihak swasta dan institusi pengajian tinggi serta perkhidmatan pakar dari
dalam dan luar negara. Sehingga kini, JMG telah menjalin kerjasama R&D dengan
institusi kerajaan dan swasta antaranya:
a. Universiti Sains Malaysia
b. Universiti Kebangsaan Malaysia
c. Universiti Teknologi Malaysia
d. Universiti Malaysia Terengganu
e. Agensi Nuklear Malaysia
f. Tenaga Nasional Berhad
g. Syarikat Schott Glass Sdn Bhd
h. Rakannusa Corperation (M) Sdn Bhd
i. MIRECO, Korea Selatan