Page 62 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 62
61
PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020
OBJEKTIF STRATEGIK 4
MEMPERKASA PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN PENGKOMERSIALAN
(R&D&C) UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI MINERAL NEGARA
Bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) amat penting dalam menjana
pertumbuhan ekonomi negara. Tumpuan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan
penggunaan mineral tempatan, meningkatkan pembangunan produk berasaskan
sumber dan membangunkan teknologi pengusahasilan mineral secara mampan
melalui R&D.
Sehingga akhir RMKe-10, JMG telah berjaya melaksanakan projek-projek R&D
meliputi kajian tambah nilai dan penghasilan produk hiliran yang berasaskan sumber
mineral tempatan seperti pasir silika, lempung, bahan termaju dan batuan. Dalam
aspek teknologi pengusahahasilan mineral secara mampan, kajian ditumpukan
kepada teknik pemprosesan, kawalan impak operasi perlombongan dan pengkuarian
kepada alam sekitar serta kajian pemulihan tanah bekas lombong dan kuari. Manakala
dalam aspek pengkomersialan, JMG telah berjaya mendaftarkan lapan hasil rekacipta
yang meliputi bidang penghasilan PCC, silika dan feldspar serta kaedah pemantauan
pencemaran alam sekitar.
Aktiviti-aktiviti R&D&C telah dapat dilaksanakan dengan adanya fasiliti-fasiliti
makmal yang lengkap dan menggunakan teknologi terkini. Fasiliti-fasiliti tersebut
termasuklah peralatan analisis seperti Field Emission Spectrophotometry (FESEM),
X-Ray Fluorescence (XRF), X-Ray Diffraction (XRD), Induced Coupled Plasma
(ICP), Atomic Absorption Spectrometer (AAS), Ultra-Violet Spectrometer dan Fourier
Transform Infra Red (FTIR). Pelbagai jenis alat pemprosesan untuk pengasingan fizikal
dan fiziko-kimia disamping peralatan pencirian produk juga terdapat di makmal-
makmal penyelidikan JMG. Pusat ini juga mempunyai peralatan yang mencukupi
bagi memberi perkhidmatan seperti ujian batu dimensi dan ujian pemprosesan bijih
timah. Kedua-dua ujian telah mendapat pengiktirafan dari SIRIM melalui SPK MS
ISO 9001:2008.
JMG telah mencapai tahap yang membanggakan dalam bidang R&D dan perkhidmatan
analisis kimia, namun masih banyak ruang untuk mempertingkatkan kemampuannya.
Perancangan dan pelaksanaan penyelidikan akan lebih berkesan dengan penubuhan
Panel Penasihat Penyelidikan bagi memastikan aktiviti R&D yang dijalankan sentiasa
relevan dengan keperluan semasa. JMG perlu menumpukan penyelidikan ke atas