Page 68 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 68
67
PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020
5. Pelaksanaan dan Pemantauan Yang Berkesan
Kejayaan Pelan Strategik jabatan amat bergantung kepada tindakan pelaksanaan dan
pemantauan yang mantap dan berkesan. Setiap pelan tindakan strategik hendaklah
dilaksanakan dengan penuh komitmen bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.
Justeru, pemantauan secara berkala dan penambahbaikan yang berterusan perlu
dilakukan di setiap peringkat supaya ianya sentiasa berada dilandasan yang betul.
6. Kajian Semula Pelan Strategik
Kajian semula Pelan Strategik ini perlu dibuat pada tahun 2018 bagi menentukan
keberkesanan pelaksanaan objektif strategik dan tahap pencapaian sasaran prestasi
yang ditetapkan. Kajian semula akan mengambilkira senario baru, perubahan
persekitaran dan tumpuan strategik JMG supaya ianya sentiasa relevan.
7. Penjajaran Dasar Kerajaan
Pelaksanaan Pelan Strategik ini hendaklah sejajar dengan dasar semasa kerajaan
yang mengutamakan kesejahteraan hidup rakyat dan kesihatan alam sekitar. Jabatan
hendaklah memastikan input mineral dan geosains digunakan dalam perancangan
projek pembangunan, pengusahasilan sumber bumi dan penerokaan sumber tenaga
boleh baharu secara mampan.