Page 69 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 69
68 PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020
MEKANISME PELAKSANAAN
Setiap bahagian dalam JMG perlu memainkan peranan masing-masing dengan penuh
tanggungjawab sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Strategik ini. Pencapaian
pelaksanaan Pelan Strategik ini akan dinilai setiap dua tahun sekali dan semakan
semula akan dibuat pada tahun 2018 dengan mengambil kira senario baru, perubahan
persekitaran dan tumpuan strategik JMG. Pelaksanaan setiap tindakan strategik yang
ditetapkan akan dipantau dan disemak semula mengikut perancangan seperti Jadual
1.
Jadual 1: Jadual perancangan pemantauan dan penilaian Pelan Strategik
BIL PERKARA TARIKH CADANGAN
1. Pemantauan pelaksanaan Setiap 6 bulan
2. Penilaian pencapaian Setiap 2 tahun
3. Penilaian keberkesanan dan semakan semula 2018
Jabatan perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan Pelan Strategik
ini dilaksanakan dengan berkesan dan melaporkan prestasi serta pencapaian kepada
Jawatankuasa Pengurusan Utama Jabatan. Jawatankuasa ini dinamakan Jawatankuasa
Tadbir Urus Pelan Strategik Jabatan dengan keahlian seperti di Jadual 2.
Jadual 2: Jawatankuasa Tadbir Urus Pelan Strategik Jabatan
JAWATAN KEAHLIAN
Pengerusi Timbalan Ketua Pengarah (KEM)
Ahli Pengarah PPO
Pengarah EM
Pengarah PM
Timbalan Pengarah BPT (Perkhidmatan
Makmal)
Timbalan Pengarah PPM
Setiausaha Pengarah PP