Page 70 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 70
69
PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020
THE WAY FORWARD
Pelan Strategik ini digubal untuk pelaksanaan bagi tempoh 5 tahun mulai 2016
hingga 2020. Segala strategi, tindakan, indikator dan sasaran strategik yang ditetapkan
adalah munasabah dan mampu dilaksanakan ke arah mencapai visi Jabatan. Ianya
juga akan menjadi salah satu instrumen bagi mengukur pencapaian Jabatan dalam
memacu aktiviti sektor mineral dan geosains yang sentiasa berkembang dan progresif.
Walaupun tempoh pelaksanaan Pelan Strategik ini berakhir pada tahun 2020, JMG
perlu terus merancang bagi membangun dan memantapkan lagi penyampaian
perkhidmatan. Jabatan juga perlu berwawasan lebih jauh bagi memastikan
perkhidmatan yang disediakan terus relevan kepada stakeholders dan pelanggan.
Justeru, JMG hendaklah meneruskan kesinambungan dengan menetapkan gagasan
dan wawasan seperti berikut:
a. Menjadi agensi unggul di rantau Asia dalam pengurusan dan perkhidmatan mineral
dan geosains yang cekap dan berkesan kepada stakeholders dan pelanggan;
b. Menjadi pusat rujukan di peringkat serantau dalam menyediakan maklumat
mineral dan geosains yang komprehensif; dan
c. Menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan kepakaran dalam bidang mineral dan
geosains di peringkat nasional dan antarabangsa