Page 42 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 42

41
                                            PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020







 VISI                          MISI





                            Menyumbang kepada peningkatan daya saing ekonomi
                           negara dan kualiti hidup melalui penggunaan maklumat,
                             perkhidmatan berkepakaran tinggi serta penyelidikan
                                   berkaitan mineral dan geosains yang efektif





                   JMG  berperanan  untuk  meningkatkan  sumbangan  sektor  mineral  dan  geosains
                   dalam  pembangunan  sosio-ekonomi  negara  dan  kesejahteraan  hidup  rakyat
                   melalui pembangunan sumber mineral yang mampan dan penggunaan maklumat
                   geosains yang berkesan. Sumber maklumat, kepakaran, khidmat nasihat dan hasil
                   penyelidikan  daripada  JMG  dapat  membantu  pihak  berkuasa  dan  pengusaha
                   dalam  membangunkan  sumber  mineral  secara  optimum.  JMG  juga  menyumbang
                   kepada  peningkatan  pembangunan  sosio-ekonomi  negara  dan  kualiti  hidup  serta
                   pengurangan risiko bencana melalui penggunaan maklumat dan aplikasi geosains
                   yang efektif. Secara tidak langsung ianya juga dapat menyumbang kepada kemajuan
                   pelbagai industri lain seperti industri hartanah, pelancongan, akuakultur dan industri
                   asas tani.


                   Aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) mineral dapat
                   meningkatkan  penggunaan  sumber  mineral  tempatan  dan  kepelbagaian  produk
                   serta penggantian mineral import. Seterusnya hasil R&D ini mampu untuk memacu
                   Malaysia sebagai pengeluar dan pembekal tersohor bagi produk yang berasaskan
                   mineral.
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47