Page 4 - Pelan Strategik ICT (ISP) JMG 2016 - 2020
P. 4

PELAN STRATEGIK ICT 2016-2020
                                                                 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)


                                       PRAKATA KETUA PENGARAH




                                                 Assalamualaikum  warahmatullahi  wabarakatuh  dan

                                                 Salam 1Malaysia,

                                                 Perancangan       Strategik     amat     penting    bagi

                                                 menetapkan        hala     tuju    dan      memastikan
                                                 keberkesanan       sistem    penyampaian      sesebuah

                                                 organisasi. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
                                                 (JMG)  sebagai  peneraju  dalam  bidang  mineral  dan

                                                 geosains  negara,  perlu  bertindak  secara  strategik
                  bagi mencapai kecemerlangan yang diharapkan oleh stakeholders dan pelanggan.

                  Bagi mencapai hasrat tersebut, JMG telah mewujudkan Pelan Strategik Teknologi

                  Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology Strategic
                  Plan (ISP)) JMG 2016 – 2020 yang diharapkan akan dapat melicinkan lagi proses

                  pengurusan  ICT  (Information  and  Communication  Technology)  sedia  ada  demi
                  menyokong  hasrat  Kementerian  Sumber  Asli  dan  Alam  Sekitar  (NRE)  untuk

                  mencapai kecemerlangan dalam pengurusan dan pemuliharaan sumber asli dan
                  alam sekitar.


                  Perancangan  yang  terkandung  dalam  ISP  JMG  ini  bertujuan  untuk  menghadapi
                  cabaran-cabaran  terutama  dalam  tempoh  lima  (5)  tahun  akan  datang  termasuk

                  pelan pengurusan dan perancangan projek ICT yang efektif serta efisien ke arah

                  mengoptimumkan penggunaan teknologi hijau yang berpacukan data dan sejajar
                  dengan visi dan misi Jabatan.


                  Setinggi-tinggi  penghargaan  dan  terima  kasih  diucapkan  kepada  semua  pihak
                  yang telah memberi kerjasama di dalam usaha menyediakan ISP JMG ini.








                  DATUK MIOR SALLEHHUDDIN BIN MIOR JADID
                  Ketua Pengarah
                  Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia
                  14 Februari, 2017




                  Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia                                                ii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9