MS ISO 9001:2015
A- A A+

Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) adalah berdasarkan keperluan standard MS ISO 9001: 2015 bagi:

  1. Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi (UBD) di Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB)
  2. Perkhidmatan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) di Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) (Mineral: Bijih Timah, Bijih Besi, Bijih Emas dan Pasir Silika)

PERKHIDMATAN UJIAN BATU DIMENSI (UBD) DI CAWANGAN TEKNOLOGI BERASASKAN BATUAN (CTBB)

Perkhidmatan UBD kepada pelanggan dalaman dan luaran yang diberikan merangkumi ujian-ujian pencirian fizikal seperti berikut:

  • Ujian Penyerapan Air (Water Absorption)
  • Ujian Graviti Tentu (Specific Gravity)
  • Ujian Kekuatan Mampatan (Compressive Strength)
  • Ujian Kepecahan Modulus (Modulus of Rupture)
  • Ujian Kekuatan Lenturan (Flexural Strength)
  • Ujian Ketahanan Lelasan (Abrasive Resistance)
  • Ujian Koefisien Pengembangan Terma (Coefficient of Thermal Expansion)
  • Ujian Ketahanan Lelasan Menggunakan Taber Abraser (Abrasive Resistance using Taber Abraser)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

  1. Sampel yang dihantar untuk ujian hendaklah mengikut spesifikasi saiz dan bilangan spesimen seperti di dalam Jadual 1 - Spesifikasi sampel untuk ujian batu dimensi (sila rujuk brosur di bawah).
  2. Bayaran hendaklah dibuat terlebih dahulu sama ada dalam bentuk Tunai, Bank Draf atau Kiriman Wang atas nama Pengarah, Pusat Penyelidikan Mineral. (chek persendirian tidak diterima).

pdfSenarai Harga UBD12.13 KB

WhatsApp Image 2021 10 26 at 8.53.48 AM

PERKHIDMATAN UJIAN PEMPROSESAN MINERAL (UPM) (BIJIH TIMAH, BIJIH BESI, BIJIH EMAS DAN PASIR SILIKA) DI CAWANGAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINERAL (CTPM), PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

Perkhidmatan UPM (Bijih Timah, Bijih Besi, Bijih Emas dan Pasir Silika) kepada pelanggan dalaman dan luaran yang diberikan merangkumi ujian-ujian pemprosesan seperti berikut:

  • Ujian Taburan Saiz Partikel
  • Ujian Penentuan Komposisi Kimia Sampel Dengan Menggunakan Alat Spektrometer Pendaflor Sinar-X (XRF)
  • Analisis Kandungan Mineral
  • Ujian Penentuan Kandungan Stanum (Sn) Dalam Bijih
  • Ujian Penentuan Kandungan Ferum (Fe) Dalam Bijih
  • Ujian Penentuan Kandungan Emas (Au) dalam Bijih
  • Ujian Penentuan Kandungan Sulfur (S) Dalam Bijih
  • Ujian Penentuan Kandungan Organik
  • Ujian Penentuan Kandungan Silikon Dioksida (SiO2) Dalam Pasir Silika
  • Ujian Penentuan Kandungan Ferum (Fe) Menggunakan Alat UV-VIS Spektrofotometer
  • Ujian Penentuan Kandungan Titanium (Ti) Menggunakan Alat UV-VIS Spektrofotometer Ujian Penentuan Kandungan Aluminium (Al) Menggunakan Alat Spektrofotometer Serapan Atom (AAS)
  • Ujian Penentuan Kandungan Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg)
  • Ujian Pengisaran
  • Ujian Pengasingan Graviti Menggunakan Alat Jig dan Meja Ayun
  • Ujian Pengasingan Bermagnet Menggunakan Alat Pemisah Bermagnet Dwi Cakera (DDMS) dan Alat Pengasingan Bermagnet Berkeamatan Tinggi Cara Basah (WHIMS)
  • Ujian Pengapungan Buih
  • Ujian Pengasingan Bervoltan Tinggi
  • Ujian Penggosok Geseran (Attrition Scrubbing)
  • Ujian Penentuan Fasa Mineral Menggunakan Alat Pembelauan Sinar-X (XRD)
  • Ujian Penentuan Kandungan Karbon (C) dan Sulfur (S)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

  1. BERKUATKUASA 1 Januari 2022, bayaran deposit pada kadar 30%-50% bergantung kepada Sebutharga Anggaran Kos yang dikeluarkan perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani.
  2. Sebutharga Anggaran Kos bersama-sama dengan Surat Setuju Terima Perkhidmatan akan dikeluarkan berdasarkan permohonan pelanggan. Sebutharga Kos Sebenar adalah bergantung kepada bilangan ujian yang telah dijalankan.
  3. Semua ujian hanya akan dijalankan setelah bayaran deposit diterima.
  4. Senarai Ujian Pemprosesan Mineral dan harga setiap ujian adalah seperti di Jadual 2 - (sila rujuk brosur di bawah).
  5. Laporan perkhidmatan/ ujian hanya akan diserahkan kepada pelanggan setelah PPM menerima pembayaran penuh secara Tunai, Bank Draf atau Kiriman Wang atas nama Pengarah, Pusat Penyelidikan Mineral.

SENARAI_HARGA_UPM_2021.pdf

Senarai Perkhidmatan Dalam Talian

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.