Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) merupakan bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia. PPM menjalankan projek-projek R&D berkaitan dengan teknologi berasaskan lempung, silika, batuan dan bahan termaju. Bagi menggalak pengusahahasilan sumber mineral secara mampan, R&D berkaitan teknologi pemprosesan mineral, perlombongan, pengkuarian dan pemulihan lombong dan kuari juga dijalankan. Fokus utama penyelidikan dan pembangunan (R&D) di PPM adalah untuk menambah nilai komoditi produk berasaskan sumber mineral tempatan.
Sejajar dengan evolusi pembangunan negara pada hari ini untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan tempatan bagi menjana pendapatan negara, PPM bukan sahaja berperanan menjalankan R&D malah telah mengorak langkah ke tahap inovasi dan pengkomersialan. Beberapa projek penyelidikan PPM telah didaftarkan sebagai harta intelek di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Disamping itu PPM juga menyertai pelbagai pertandingan inovasi seperti MTE/ InSIDE/ VIC/ AIINEX dan lain-lain bertujuan untuk mempromosi hasilan inovasi serta menilai impak keberkesanan penyelidikan yang telah dijalankan. PPM juga menyediakan perkhidmatan MS ISO 9001:2015 yang merangkumi dua skop iaitu Ujian Batu Dimensi dan Ujian Pemprosesan Mineral (Bijih Timah/ Bijih Besi/ Bijih Emas/ Pasir Silika). Disamping itu, PPM juga menjalankan kerjasama teknikal serta perkongsian pintar dalam bidang penyelidikan mineral dengan industri/ agensi/ IPT.
Objektif JMG (PPM) adalah
- Untuk menggalak dan mempelbagai penggunaan sumber mineral tempatan bagi menyumbang kepada pembangunan sektor perindustrian negara melalui R&D.
- Untuk menggalak pengusahahasilan sumber mineral secara mapan melalui R&D.
Antara fungsi JMG (PPM) ialah
- Menjalankan R&D berasaskan mineral tempatan supaya dapat menghasilkan bahan mula dan bahan tambah nilai untuk digunakan oleh industri.
- Membangun teknologi pemprosesan mineral dan kitar semula yang bersesuaian.
- Menjalankan penyelidikan bersama Institusi Pengajian Tinggi, agensi R&D yang lain serta pihak industri dalam bidang mineral.
- Mengkomersil hasil R&D yang signifikan melalui pemindahan teknologi kepada pihak yang berminat.
- Berperanan sebagai penasihat dan pusat rujukan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelidikan mineral tempatan.
- Menjalankan R&D berkaitan pengusahahasilan mineral, impak alam sekitar dan pemulihan serta menyediakan perkhidmatan sokongan kepada jabatan dalam menangani masalah yang berkaitan.
Selaras dengan kehendak kerajaan bagi memajukan teknologi berasaskan mineral JMG(PPM) menjalankan projek-projek R&D berkaitan teknologi berasaskan lempung, silika, batuan dan bahan termaju. Untuk menggalak pengusahahasilan sumber mineral secara mapan, R&D berkaitan teknologi pemprosesan mineral, perlombongan, pengkuarian dan pemulihan lombong dan kuari dijalankan.

Teknologi Berasaskan Lempung

Teknologi Bahan Termaju

Teknologi Pemprosesan Mineral

Teknologi Pemulihan Lombong Dan Kuari

Teknologi Berasaskan Silika

Teknologi Berasaskan Batuan

Teknologi Perlombongan Dan Pengkuarian

Pelaksana Pengkomersialan
MS ISO 9001:2015
Perkhidmatan UBD kepada pelanggan dalaman dan luaran yang diberikan merangkumi ujian-ujian pencirian fizikal seperti berikut:
- Ujian Penyerapan Air (Water Absorption)
- Ujian Graviti Tentu (Specific Gravity)
- Ujian Kekuatan Mampatan (Compressive Strength)
- Ujian Kepecahan Modulus (Modulus of Rupture)
- Ujian Kekuatan Lenturan (Flexural Strength)
- Ujian Ketahanan Lelasan (Abrasive Resistance)
- Ujian Koefisien Pengembangan Terma (Coefficient of Thermal Expansion)
- Ujian Ketahanan Lelasan Menggunakan Taber Abraser (Abrasive Resistance using Taber Abraser)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
- Sampel yang dihantar untuk ujian hendaklah mengikut spesifikasi saiz dan bilangan spesimen seperti di dalam Jadual 1 - Spesifikasi sampel untuk ujian batu dimensi (sila rujuk brosur di bawah).
- Bayaran hendaklah dibuat terlebih dahulu sama ada dalam bentuk Tunai, Bank Draf atau Kiriman Wang atas nama Pengarah, Pusat Penyelidikan Mineral. (chek persendirian tidak diterima).