Lombong dan Kuari

Pembangunan Mampan Sumber Mineral

JMG bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pembangunan Mineral 1994, Kaedah-Kaedah Kuari serta Peraturan-Peraturan yang berkaitan dengannya untuk pengusahasilan mineral di negeri-negeri. Disamping itu, JMG juga turut terlibat dalam membantu menguatkuasakan undang-undang mineral negeri yang lain seperti Enakmen Mineral Negeri.

Untuk memastikan kemampanan pengusahasilan mineral, hak melombong dikeluarkan hanya kepada pelombong sebenar (genuine miner) dengan keluasan kawasan dan mengikut tempoh jangka hayat longgokan. Di samping itu, aktiviti eksplorasi mineral dijalankan secara berterusan dan sistematik untuk menyokong ketersediaan longgokan mineral yang boleh diusahasilkan.
This image for Image Layouts addon

Kawalseliaan & Penguatkuasaan

JMG memainkan peranan utama dalam aspek pengawalseliaan dan penguatkuasaa untuk memastikan aktiviti perlombongan, pengkuarian dan industri mineral dijalankan secara selamat, efisien dan mematuhi standard alam sekitar. Penekanan kepada amalan kejuruteraan terbaik dan mampan adalah diutamakan bagi memacu pembangunan sosio-ekonomi negara menerusi sumbangan sektor pembangunan mineral.
Baca selanjutnya
This image for Image Layouts addon

Pelesenan

Pelesenan ke atas mineral adalah antara subjek penting yang diuruskan oleh JMG Malaysia bagi membolehkankan semua aktiviti berkaitan pengoperasian, pengeluaran,
pemprosesan, penyimpanan dan pergerakan mineral dipantau dan dikawalselia secara terkawal.
Baca selanjutnya
This image for Image Layouts addon

Khidmat Nasihat dan Kepakaran

JMG berperanan dalam memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada Pihak Berkuasa Negeri, industri dan juga orang awam. Peranan JMG diiktiraf sebagai antara jabatan teknikal penting di peringkat persekutuan dan juga negeri.
Baca selanjutnya