Air Bawah Tanah

Jaminan Sumber Bekalan Air Bersih

Jaminan dan kemampanan sumber air perlu dikekalkan bagi memastikan kebolehdapatan dan bekalan yang mencukupi serta selamat untuk menampung keperluan alam dan manusia. Penggunaan secara mampan dengan mengoptimumkan opsyen sumber air yang pelbagai jenis secara konjungtif dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber sedia ada.

Selaras dengan Dasar Sumber Air Negara, JMG berperanan untuk mengenalpasti potensi sumber air tanah bagi menyokong permintaan bekalan air bersih yang semakin meningkat. Sumber air tanah juga perlu ditentukan di kawasan-kawasan sensitif sebagai tindakbalas bantuan bencana seperti pencegahan kebakaran gambut. Pengurusan sumber air tanah yang komprehensif akan menjamin sumber bekalan air bersih yang berterusan, seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat dan kesejahteraan persekitaran.

Projek utama air bawah tanah

Aktiviti hidrogeologi mempunyai enam (6) projek utama selain daripada program pemantauan air tanah dan menyediakan khidmat nasihat teknikal.

This image for Image Layouts addon

Pembangunan Sumber Air Tanah di Kawasan Bermasalah Bekalan Air Bersih (Projek BAT)

This image for Image Layouts addon

Penggunaan Air Bawah Tanah Sebagai Sumber Air Di Loji Rawatan Air Yang Menghadapi Kekurangan Sumber Air (Projek LRA)

This image for Image Layouts addon

Penilaian Rizab Air Tanah Negara untuk Pemodelan Air Bawah Tanah (Projek RAT)

This image for Image Layouts addon

Pembangunan National Water Balance Bagi Pengurusan Sumber Air Negara (Projek NAWABS)

This image for Image Layouts addon

Pencegahan Dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Serta Kawasan Lain Berisiko Kebakaran Untuk Mengatasi Jerebu (Projek Gambut)

This image for Image Layouts addon

Projek Bekalan Air Terawat di Perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input